Tuesday, June 30, 2009

The 99 Beautiful Names of Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Assalamualaikum.

Sejak kecil lagi setiap anak-anak yang baru dilahirkan ke dunia membukakan mata buat kali pertamanya di alam dunia ini sudah tentu lahir dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa.Kemudian si ayahlah yang mengambil si anak yang baru lahir itu untuk dilaungkan azan ke telinga si anak kecil itu.Dan itulah saat-saat pabila seorang anak mendengar buat pertama kalinya suara azan berbisik di telinganya...Allahu Akhbar Allahu Akbar...Ashhadu Alla Ila Hail' lallah...pada masa itulah juga si anak mendengar buat pertama kalinya suara ayahnya tak kira lah sama ada merdunya atau tidak dialah ayahmu yang menatapmu dengan penuh kasih sayang.

Seruan azan merupakan kalimah yang paling mulia sebagai medium menyeru orang Islam untuk menunaikan solat kepada Allah.Selalu kita dengar azan berkumandang di mana-mana tempat pabila tiba waktunya untuk menunaikan solat.Di dalamnya juga terkandung janji-janji Allah yang berbunyi...,Marilah menunaikan solat,Marilah menuju Kejayaan.Disini terbukti seseiapa yang menunaikan solat pasti akan bertemu kejayaan.Kemudian barulah dilihat dari segi ikhlasnya orang itu dan khusyuk solatnya.

Sejak dibangku sekolah,memang tiap-tiap perhimpunan pagi akan dibacakan nama-nama Allah yang 99 iaitu Al-Asma-ul-Husna.Sudah menjadi kebiasaan bagi kami,semua murid yang kecuali beragama Islam akan membacakan Al-Asma-ul-Husna manakala guru atau murid yang beragama lain akan tunduk sebagai tanda hormat.Teringat lagi pada mulanya bila disuruh satu persatu untuk membacakan 99 nama Allah itu di hadapan ustaz.Memang tidak dinafikan bukan senang nak menghafal 99 nama Allah dalam masa yang pendek ketika itu,tapi tiada yang mustahil melainkan yang mustahil.Alhamdulillah lama kelamaan saya sudah pon dapat menghafalnya dengan baik dan berlagu..huu

"We shall end our assembly today by resiting Al-Asma-ul-Husna.All students please rise."masih terngiang-ngiang ucapan akhir pengerusi majlis walaupun saya bukanlah seorang pengawas sekolah ketika itu.huu

99 nama Allah itu sentiasa disebut-sebut di mana-mana majlis rasmi sekolah juga sebagai penutup majlis untuk mendapat berkat.Tetapi adakah anada sudah mengkaji disebalik 99 nama Allah itu?

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, yaitu 100 kurang satu. Siapa yg menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-'Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami' - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-'Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Lembut
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-'Azim - Maha Agung
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Thursday, June 25, 2009

Muslimah Peka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allah telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpamanya satu bangunan yang tersusun kukuh.”

Begitu juga perjuangan Islamiyyah yang terbina dari barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatu padu. Kemantapan muslimat adalah bergantung kepada usaha untuk memajukan lagi prestasi kita sebagai barisan pejuang yang cuba menyebarkan Islam sebagai satu penyelesaian kepada seribu satu macam tribulasi yang dihadapi masyarakat kini. Untuk mengingatkan diri kita, kita mestilah sentiasa cuba meningkatkan ilmu dan kepakaran, berfikiran matang dan terbuka, mempunyai satu fikrah dan juga memahami serta menjiwai misi jemaah yang kita sertai.

Di antara ilmu dan kepakaran yang penting untuk dipelajari dan dikuasai ialah penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan. Jemaah yang besar dan meluas pergerakannya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan kerja tanpa sususan yang kemas dan teratur. Sesungguhnya kita merasa terhormat kerana telah dipilih Allah sebagai salah seorang yang berusaha untuk mendaulatkan agamaNya. Jadi dalam melakukan tugas suci ini, sudah semestinya kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik sahaja bukan hanya sekadar yang termampu.
Kita mesti bersiap sedia menghadapi musuh dengan apa jua kekuatan yang termampu. Kita mesti cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam pergerakan muslimat dan bukan melarikan diri daripadanya. Oleh itu idea dan strategi baru yang bernas serta kerjasama yang padu terutama dari barisan muda amat diperlukan. Barisan pelapis mestilah dibimbing supaya memahami perjuangan. Sesungguhnya kita mahukan muslimat yang lebih tangkas, cekap dan berupaya merancang segala program dan apa jua bentuk gerakkerja dengan teratur.

Demi menuju ke arah kemantapan, muslimat juga perlu berusaha untuk mencapai fikiran yang matang dan terbuka beserta ketajaman akal. Untuk itu muslimat perlu peka dengan perkembangan dunia globalisasi.

Keganasan yang dilakukan zionis merupakan satu rancangan untuk menghancurkan umat Islam. Kaum wanita telah menjadi mangsa kekejaman dan kebuasan nafsu musuh-musuh Islam. Sesungguhnya janji kita adalah untuk terus memperjuangkan hak wanita Islam diseluruh dunia dan khususnya di negara kita.

Muslimat tidak boleh merasa lega memandangkan negara kita berada di dalam aman tanpa peperangan kerana sesungguhnya peperangan pemikiran itu tetap ada malah lebih merbahaya lagi. Musuh Islam telah berjaya mempengaruhi media massa dan seterusnya meracuni pemikiran umat Islam terutamanya dalam banyak perkara. Muslimat mesti bijak menganalisa segala perkara yang berlaku.

Sebagai contoh tentang kejayaan musuh dalam mengatur segala rancangan jahat terhadap dunia Islam seperti Iraq dan Palestin, sepanjang zaman tanpa tindakan dari negara Islam yang kaya yang hanya berdiam diri melihat kekejaman di depan mata. Pemikiran kita telah lama dijajah terutama pemikiran generasi muda yang lebih cenderung kepada budaya sosial yang bebas, mengakibatkan kepincangan rumahtangga, remaja lari dari rumah, budaya “Black Metal” yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius.

Mengapa tiada tindakan pencegahan yang tegas dari pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa? Muslimat perlu berusaha untuk menyelidiki dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut dengan segera dan bukan hanya memeluk tubuh. Sudah sampai masanya untuk kita mengadakan khidmat secara sekarela terutama kepada mangsa dan remaja yang terlibat. Selain menegakkan syariah dalam keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kesempurnaan akhlak amat penting dan utama dalam menarik masyarakat kepada Islam. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan kemantapan diri dalam kita menangani segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.

Allahu Ta'ala a'lam...

Ten Things We Waste

In the name of Allah the Most Gracious,the Most Merciful.Assalamualaikum.

The following is a list of the 10 most well-known types of waste people always do.
Keep in mind, some difficult people fall into more than one category.

Ten things we waste :-

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.
2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.
3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).
4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.
5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.
6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.
7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.
8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.
9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).
10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

BIODATA IBLIS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,salam"

Kali ini jom kita selidik biografi makhluk yang dikenali sebagai iblis ini untuk kita sama-sama selalu berjaga-jaga dalam setiap amal ibadah yang dilakukan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut".

Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Wednesday, June 24, 2009

Syaitan Menolong Orang Ke Masjid

Mari baca kisah ini,tapi tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.


Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid .
Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid.
Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.
Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.

Orang itu menjawab?Aku??

Aku adalah syaitan.

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.

Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun.

Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.
Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....


~wallahualam~

KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,Assalamualaikum...

Bercerita pasal kucing,
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia
memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah.
Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis
merata-rata di dalam rumahnya.Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian
dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan meninggalkan
suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka
dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."
Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

Pelayaran di Bulan Rejab

Dengan Nama Allah Yang Maha Memurah lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah sekali lagi pelayaran kali ini melabuhkan sauhnya di bulan yang dinamakan dengan "BULAN ALLAH".Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.Sudah pasti terbayang peristiwa-peristiwa penting bagi seluruh umat Islam yang mengetahui akan keistimewaannya...dan tentunya bulan inilah yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang sentiasa berlumba-lumba mencari redha Allah dan rahmat-Nya.

Begitu juga dengan diriku yang memang serba lemah dan seringkali lalai dalam memikul amanah sebagai hamba-Nya.Adakah aku benar-benar setia kepada-Nya? sedangkan masih banyak lagi janji-janji yang belum aku tunaikan.Namun alhamdulillah aku belum lagi pernah mengabaikan dan memandang remeh tentang kewajipan menunaikan solat fardhu yang menjadi ibadah wajib dan terpenting...
Tapi adakah ibadah solatku selama ini diterima dan benar-benar berkualiti?memang tidak dinafikan diriku yang bergelar insan(lalai) yang juga manusia biasa selalu berhadapan dengan ketidakkhusyukkan dalam solat.Dalam erti kata lain ada sahaja gangguan ketika sedang solat.Ternyata imanku ini masih lemah dan rapuh.

Sebagimana firman Allah;"Beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya" (Al-mukminun:1-2).
Dan sesungguhnya amalan yang pertama sekali disoal oleh Allah ketika di padang Mahsyar ialah ibadah solat dan Assolatu imaduddin;solat itu tiang agama sepertimana yang pernah diajar oleh ustazku sewaktu berada di Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar...masih ingatkah anda?

Sengaja dilebih-lebihkan tentang bab solat ini walaupun ibadah yang lain seperti puasa,zikir,tasbih,tahlil,tahmid,qiyam,bersedekah dan kebaikan-kebaikan lain juga perlu dititikberatkan sama kerana a
langkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat-ibadat tersebut di bulan Rejab ini. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.Jadi,sempena Bulan Rejab ini marilah sama-sama kita renungkan segala bentuk amalan yang telah dan belum kita lakukan...supaya yang mana perlu diperbaiki amalan dan ditingkatkan lagi supaya sesuai dengan janji-janji setia yang kita lafazkan setiap kali menunaikan solat-solat fardhu mahupun solat-solat sunat yang lain bagi merebut kasih dan rahmat-Nya.


Akhir kalam,pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.Renung-renungkan dan selamat beramal~