Wednesday, June 24, 2009

Pelayaran di Bulan Rejab

Dengan Nama Allah Yang Maha Memurah lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah sekali lagi pelayaran kali ini melabuhkan sauhnya di bulan yang dinamakan dengan "BULAN ALLAH".Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.Sudah pasti terbayang peristiwa-peristiwa penting bagi seluruh umat Islam yang mengetahui akan keistimewaannya...dan tentunya bulan inilah yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang sentiasa berlumba-lumba mencari redha Allah dan rahmat-Nya.

Begitu juga dengan diriku yang memang serba lemah dan seringkali lalai dalam memikul amanah sebagai hamba-Nya.Adakah aku benar-benar setia kepada-Nya? sedangkan masih banyak lagi janji-janji yang belum aku tunaikan.Namun alhamdulillah aku belum lagi pernah mengabaikan dan memandang remeh tentang kewajipan menunaikan solat fardhu yang menjadi ibadah wajib dan terpenting...
Tapi adakah ibadah solatku selama ini diterima dan benar-benar berkualiti?memang tidak dinafikan diriku yang bergelar insan(lalai) yang juga manusia biasa selalu berhadapan dengan ketidakkhusyukkan dalam solat.Dalam erti kata lain ada sahaja gangguan ketika sedang solat.Ternyata imanku ini masih lemah dan rapuh.

Sebagimana firman Allah;"Beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya" (Al-mukminun:1-2).
Dan sesungguhnya amalan yang pertama sekali disoal oleh Allah ketika di padang Mahsyar ialah ibadah solat dan Assolatu imaduddin;solat itu tiang agama sepertimana yang pernah diajar oleh ustazku sewaktu berada di Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar...masih ingatkah anda?

Sengaja dilebih-lebihkan tentang bab solat ini walaupun ibadah yang lain seperti puasa,zikir,tasbih,tahlil,tahmid,qiyam,bersedekah dan kebaikan-kebaikan lain juga perlu dititikberatkan sama kerana a
langkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat-ibadat tersebut di bulan Rejab ini. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.Jadi,sempena Bulan Rejab ini marilah sama-sama kita renungkan segala bentuk amalan yang telah dan belum kita lakukan...supaya yang mana perlu diperbaiki amalan dan ditingkatkan lagi supaya sesuai dengan janji-janji setia yang kita lafazkan setiap kali menunaikan solat-solat fardhu mahupun solat-solat sunat yang lain bagi merebut kasih dan rahmat-Nya.


Akhir kalam,pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.Renung-renungkan dan selamat beramal~


No comments:

Post a Comment