Wednesday, July 1, 2009

Rmadhan datang lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Assalamualaikum.

Mahasuci Allah,puji-pujian bagi Dia.Pengembaraan kita masih lagi berada di bulan Rejab yakni BULAN ALLAH.Dan semamangnya kita dituntut untuk memuliakan bulan Rejab sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. berbunyi: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."

Rebutlah peluang yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai uamt akhir zaman ini supaya kita dapat lipat kali gandakan usaha dalam apa-apa pekerjaan sekalipun yang membawa kita untuk sentiasa mengingati Allah.Bulan Rejablah sepatutnya dijadikan tempat persediaan sebelum masuknya bulan yang penuh berkah iaitu Ramadhan Al-Mubarak.Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Bulan Rejab mulia dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan begitu juga dengan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Jadi ayuhlah kawan-kawanku!semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang beruntung kerana beruntunglah bagi mereka yang sentiasa meluru-luru membuat amal kebajikan kerana mencari redha-Nya Allah dan rahmat-Nya.amiin~


No comments:

Post a Comment